Soalan Lazim
TUNS PLUS 2021
1. Apakah TUNS Plus?
TUNS Plus merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga RM15,000.
2. Adakah pemohon perlu menyediakan sebut harga?
Tidak perlu. Peniaga hanya perlu melengkapkan bahagian Ringkasan Rancangan Perniagaan berkenaan projek yang ingin dijalankan.
3. Adakah pemohon yang berniaga secara atas talian dan beroperasi dari rumah, layak memohon?
Tidak layak. Salah satu syarat asas permohonan TUNS Plus adalah pemohon perlu mempunyai premis/ tapak perniagaan dan lesen/ permit perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan
4. Adakah penerima geran TUNS layak memohon?
Layak. Dengan syarat penerima geran TUNS itu tidak disenaraihitamkan kerana melanggar Aku Janji TUNS terdahulu.
5. Apakah penyata akaun yang perlu dikemukakan?
Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan dan muka hadapan penyata akaun peribadi (bagi tujuan penyaluran)
6. Berapakah tempoh minimum dan maksimum bagi bayaran balik pembiayaan?
Tempoh pembiayaan minimum adalah satu (1) tahun manakala tempoh pembiayaan maksimum adalah lima (5) tahun.
7. Berapakah kelayakan jumlah pembiayaan?
Terdapat tiga (3) pilihan jumlah pembiayaan iaitu RM5,000, RM10,000 dan RM15,000.