Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang bertemakan "Bersama Membina Negeri Madani", Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS Plus untuk tahun keempat pada tahun ini untuk membantu melonjakkan lagi sektor keusahawanan. TUNS Plus merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga RM15,000 yang disasarkan kepada Usahawan Mikro Negeri Sembilan. Objektif penubuhan TUNS Plus bertujuan untuk menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel.